Saya terpanggil untuk menulis pos ini kerana terlihat 1 artikel dari pengedar/pembekal 'cheese' lain yang dengan cukup yakinnya mengatakan
"di Malaysia tak kira online/offline semua menjual cheese nacho, Jalapeno original hanya dijual di pasaraya yang menjual barangan import sahaja"
Kesimpulan pertama yang dapat saya andaikan disini (berdasarkan kenyataan di atas), pengedar tidak membekalkan serbuk cheese Jalapeno dan pengedar kurang arif dalam membezakan erti makna Jalapeno dan jenama produk.
Jalapeno adalah sejenis lada yang kebanyakannya boleh didapati serta di import dari negara Mexico/Amerika. Pelbagai produk dihasilkan berasaskan cili Jalapeno dan memang kebanyakan darinya tiada di pasaran Malaysia.
Saya kurang pasti bagaimana pembekal boleh membuat kenyataan lain mengatakan "usah tertipu dengan perkataan serbuk cheese jalapeno"
Apa pembekal atau peniaga yang menggunakan frasa "serbuk Cheese Jalapeno Asli/100% Ori" mereka menipu pelanggan?
Di pasaran Malaysia ini ramai penggemar produk cheese powder sebenarnya bukanlah mencari cili Jalapeno asli iaitu yang belum di proses, itu perkara pertama harus di fahami.
Kedua mana-mana produk yang dihasilkan sekalipun jika dalam bentuk 'segera', sudah tentu tidak menggunakan 100% kandungan asli. Untuk tahan lama dan memberi lebih rasa semestinya ada campuran bahan-bahan serta pewarna yang dibenarkan.
Sebaliknya ingin diperjelaskan apa yang di maksudkan dengan JALAPENO asli adalah label/jenama bukannya cili asli yang belum di proses. Produk ini dipasarkan di Malaysia terus secara terus dari kilang dengan label Jalapeno.
Mengapa pengedar cheese jalapeno akan tekankan produk yang dijual adalah Jalapeno asli atau 100% ori?
Ini ditekankan kerana ramai dikalangan pembekal/pengedar/penjual cheese powder Nacho yang turut mengaku mereka memasarkan produk Jalapeno, walhal apa itu Jalapeno pun mereka tidak pasti. Dari segi warna, rasa, serbuk serta kualiti pengilangan dan pemprosesan memang jauh berbeza.
Produk Jalapeno ini dihasilkan kilang ternama, mempunyai sijil GMP, Halal, pengiktirafan ISO, juga membekal produk sama bagi rangkaian restoran segera dan francais terkenal dalam negara, sementara produk Cheese Nacho kebanyakannya di usahakan secara kecil-kecilan, jadi kerana itu ramai peniaga yang claim produk mereka adalah Jalapeno
Terus terang saya katakan produk Jalapeno ini tiada di pasaran biasa dan memang tidak ramai pengedar yang mendapat bekalan terus kerana secara keseluruhan proses pengeluaran adalah terhad dan eksklusif untuk edaran syarikat tertentu sahaja.
Kalau nak dapat tips bezakan serbuk cheese nacho dan jalapeno boleh pm kami. Kami juga boleh kongsi 'soalan maut' untuk sahkan pengedar menjual cheese Jalapeno atau Nacho.. :)
Tujuan pos ini bukanlah untuk mengatakan cheese nacho tak bagus. Kedua produk ada keistemewaan/penggemar tersendiri, tetapi etika dalam perniagaan janganlah menyebar info kurang tepat serta seperti memburuk-burukkan peniaga lain sekiranya tidak pasti. Pada pelanggan yang sukakan produk cheese yang ada rasa sedikit kepedasan (100% sama seperti cheese KFC) pilihlah Jalapeno, dan pada pelanggan yang mencari rasa yang lebih sesuai untuk anak-anak bolehlah mencuba produk cheese Nacho.
Sebagai peniaga yang beretika, tekankanlah kelebihan produk yang dipasarkan. Kalau betul-betul nak jual produk cheese jalapeno pun tiada masalah boleh hubungi kami. Tetapi usahlah mencari punca kesalahan serta mendakwa seolah2 peniaga lain menipu. Bersainglah secara sihat.
JALAPENO ORI yang dimaksudkan adalah LABEL ya BUKAN lada asli!
Berapa harganya dlm 100g ? Sy rasa berminat nak beli .
ReplyDeletekalu mau beli telpon kemana ya ? dari anton 085100155621
ReplyDeleteada lg dak..
ReplyDeleteBoleh saya dapatkan cheese ni ?
ReplyDeleteBgi no sis.. sye berminat
ReplyDelete