Peluang Perniagaan


Agen Runcit

Syarat-Syarat,
1) Pembelian minimum tidak kurang dari 10kg setiap bulan (dalam satu pesanan)
2) Tiada had maksimum untuk pengambilan agen di setiap negeri, tetapi jarak COD diantara agen perlulah tidak berada berhampiran didalam lingkungan anggaran sekitar 15km
3) Agen harus memasarkan/menjual produk mengikut harga 'standard' yang telah diberikan
4) Agen perlulah aktif mempromosikan, memberi sokongan dan turut serta berkongsi maklumat Page Facebook rasmi Ezy Cheese (www.facebook.com/EzyCheesePowder) pada pelanggan

Agen Borong

Syarat-Syarat,
1) Pembelian minimum tidak kurang dari 25kg setiap bulan (dalam satu pesanan)
2) Maksimum hanya 2 orang agen borong tersenarai akan diambil dari setiap negeri dan jarak di antara setiap seorang mestilah lebih dari 50km
3) Agen dapat menguruskan COD bagi lokasi berhampiran (Minimum lingkungan jarak 5km, jika lebih terpulang pada agen)
4) Agen harus memasarkan/menjual produk mengikut harga 'standard' yang telah diberikan
5) Agen perlulah aktif mempromosikan serta mengemaskini sebarang maklumat/info berkaitan perniagaan di Page Facebook rasmi Ezy Cheese (www.facebook.com/EzyCheesePowder)

Agen Dropship

Syarat-syarat,
1) Mempunyai akuan CIMB/Maybank
2) Aktif dalam mempromosikan produk
3) Perlu membuat pembelian minimum Ezy Cheese Powder sekurang-kurangnya 1 pek (100gram)
4) Kemaskini maklumat yang diperlukan untuk kami mengaktifkan status ‘dropship’
5) Agen perlu menjual didalam lingkugan harga yang kami sarankan

Proses Jualan Melalui 'Agen Dropship',
1) Pelanggan membuat pesanan
2) Pelanggan 'bank in' pada agen
3) Agen sahkan pesanan dan membuat pembayaran pada kami
4) Produk dihantar/pos terus oleh kami kepada pelanggan.

* Kami berhak membatalkan status 'agen dropship' sekiranya didapati tiada sebarang jualan dibuat dalam tempoh 2 minggu

Keistimewaan Menjadi Agen Tersenarai

1) Caj pos dan harga belian yang lebih rendah
2) Bantuan dari segi tips perniagaan, tunjuk ajar dan dokumentasi perniagaan
3) Peluang untuk mengawal/menguasai pasaran setempat
4) Bantuan dari segi promosi perniagaan (sekiranya agen mengusahakan perniagaan seperti 'stall burger', 'western', 'restauran', 'pasar malam' etc)
5) Perkembangan yang seiring. Secara tidak langsung sebarang perkembangan positif dari pihak kami/agen lain, akan turut memberikan impak yang baik untuk perniagaan agen yang lain.
6) Agen akan saling membantu dari segi perkongsian maklumat, rekemen prospek dan lain-lain
7) Kos pos secara keseluruhan dapat di minimumkan untuk 'absorb' sebagai keuntungan bagi agen
8) Menguasai pasaran melalui pengiklanan. Dengan jumlah agen yang ramai, produk dapat diketengahkan dengan lebih cepat seterusnya akan mampu mengatasi pesaing-pesaing yang mempromosikan produk lain 'tanpa label' atau secara bersendirian
9) Pertumbuhan profit yang lebih stabil kerana agen akan menjadi wakil utama di setiap negeri/daerah
10) Tiada caj untuk 'repack' semula

* Sesetengah kelebihan di atas mungkin berbeza mengikut status agen samada runcit, borong atau dropship

Sila hubungi kami sekiranya berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut. Terima Kasih

No comments:

Post a Comment