Kami adalah pengedar bagi produk Jalapeno ori 'Ezy Cheese Powder'. Produk dijual secara runcit dan borong bagi pasaran di dalam Malaysia termasuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Mudah, Murah dan Lazat! Harga yang kami tawarkan dijamin adalah diantara yang terbaik dari yang terbaik! Sila hubungi kami sekiranya berminat untuk membuat pembelian. Terima Kasih
Tuesday, 2 April 2013
Konsep Diskaun - Pencerahan Untuk Semua
Sedikit pencerahan mengenai konsep diskaun niaga yang kami berikan pada pelanggan. Kami faham ada sesetengah pelanggan ada yang bertanya..
"mengapa tiada diskaun diberikan atas pembelian dalam kuantiti yang besar?"
Ya, kami faham ini adalah topik/soalan yang seringkali diajukan oleh pelanggan apabila membeli dalam kuantiti yang besar (borong) atau setelah membuat pembelian secara berulang (runcit/borong).
Jadi disini terlebih dahulu ingin kami jelaskan, didalam proses penentuan harga sebenarnya kami telahpun mengambil kira jumlah kuantiti pembelian berbanding dengan harga yang ditawarkan.
Ada perniagaan yang memberikan harga asas untuk seunit sebagai harga siling didalam setiap urusniaga. Tetapi di dalam perniagaan ini, kami telahpun mengemaskini senarai harga dari pembelian minimum 100g-25kg mengikut harga seunit yang berbeza.
Sehubungan itu, ingin kami jelaskan bahawa konsep diskaun niaga yang kami tawarkan, adalah dalam bentuk kuantiti unit pembelian dan kadar harga yang dikemaskini, telahpun ditolak dengan diskaun untuk memudahkan pelanggan membuat semakan.
Sebagai contoh; jika hari ini pelanggan membeli 100gram harga pasaran yang ditetapkan adalah RM8, tetapi sebaliknya jika pelanggan membeli 500gram harga keseluruhan hanya RM30, dimana harga bagi setiap 100gram telah jatuh ke RM6 sahaja.
Ini cumalah contoh dalam jarak margin atau kuantiti pembelian yang kecil. Jika anda benar-benar semak pada setiap nilai perbezaan harga dari kuantiti 100gram ke 25kg, anda akan dapati memang terlalu banyak diskaun telahpun diberikan bergantung pada kuantiti pembelian secara keseluruhan.
Untuk pelanggan 'regular' pula kami tidak memberikan diskaun berdasarkan kekerapan pembelian yang telah dibuat. Kadar harga adalah sepenuhnya bergantung pada kuantiti pembelian keseluruhan. sebaliknya sebagai penghargaan, kami sendiri secara sukarela akan memberikan 'complimentary gift' atau 'rebate' bila dirasakan perlu.
Harus jelas bahawa kos di pihak kami masih sama walaupun pelanggan telah membuat pembelian berulang kali, jadi sebarang bentuk saguhati atau 'rebate' akan kami tentukan bila sampai waktunya dan untuk proses ini sudah tentu kami juga tidak maklumkan dan berkongsi secara umum.
Sebagai peniaga juga kami harus menjaga etika didalam sesuatu transaksi agar memberikan harga yang saksama pada semua pelanggan. Produk yang dibeli selalunya adalah untuk jualan semula, jadi tidak adil sekiranya harga yang lebih rendah diberikan sewenang-wenangnya.
Ya, kami faham masing-masing juga inginkan harga yang terbaik dan begitu juga di pihak kami, juga inginkan urusniaga yang lebih teratur dan profesional bersandarkan pada hitam putih yang telahpun dikemaskini.
Walaubagaimanapun kami berharap tiada pelanggan yang kecil hati dengan pos ini, hanya berkongsi info serta maklumat secara umum. Pada pelanggan yang telah kami berikan diskaun yang lebih, kami tidak bermaksud bahawa kami tidak ikhlas. Apa yang telah kami muktamadkan, itu sememangnya apa yang telah ditawarkan untuk anda.
Cuma mungkin ada segelintir yng terlalu 'demand' sehingga kami terpaksa berkongsi maklumat dan proses ini sebagai hitam putih untuk sebagai rujukan di masa akan datang.
Terima Kasih pada semua yang memberi sokongan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment