Friday, 5 April 2013

Lagi Lagi PM, PM, PM, PM, PM..


Akhir-akhir ini kami perasan seperti sudah menjadi 'TREND' dari pelanggan, untuk setiap produk jualan internet pelanggan akan reply comment dgn msg ringkas 'PM' (Private Message)

Sehinggakan iklan dari LAZADA sekalipun yang telah setup pembayaran menggunakan merchant account pelanggan masih hantar msg yang sama tanpa mereka sedari msg tu mungkin tiada yang melihat pun.

Jadi disini sedikit fakta kami nak berkongsi.. Majoriti pengiklan yang menggunakan servis iklan berbayar Facebook, iklan mereka akan dihantar keluar pada beribu2 pelanggan, kalau ada yang mampu untuk PM satu persatu memang adalah mustahil dan meraka memang SUPER HEBAT! hehe..

Apapun cuba fikirkan benar2 ada keperluankah untuk kita minta PM? Dalam iklan selalunya semua butiran dah diberikan. Kadang2 tu iklan dah cukup ringkas dan arahan pun dah jelas.. Tapi masih juga PM, PM, PM , PM, PM, PM... Atau adakah memang rakyat Malaysia malas membaca? Kami tak rasa begitu..

Mungkin majoriti hanya sekadar mengikut trend. Mereka tengok pelanggan lain msg ringkas sahaja PM (macam ada POWER pulak ayat ni), lantas mereka follow tanpa mengetahui yang sebenarnya trend tu tak sesuai untuk semua jenis produk dan perniagaan

Bagi kami (peniaga online) pula, kadang2 mengeluh kerana sendiri tidak pasti maklumat apa yang nak minta di PM. Takkan nak copy paste satu kitab? hehe.. Kami dah karang iklan, edit gambar bagai nak rak siap update harga, cara nak beli pendek kata semua dah lengkap.. tak panjangpun.. langkah pun dah bagi step by step. Itupun masih PM PM PM PM PM PM PM..

Ye memang tak salah kalau nak bertanya.. Kamipun sangat mengalu-alukan soalan, tapi berikanlah soalan dan kami jawab. Kan lebih mudah? Dah tengok kalau ada yang tak faham kemudian tanya. Kami buat iklan usaha nak ringkaskan mudahkan pelanggan faham tapi dapat message POWER PM kadang memang lemah lutut..

Sebenarnya jualan dengan konsep PM ni ikut juga pada jenis produk jualan dan penjual. Kami tahu memang ada penjual yang memang nak rahsiakan servis/harga/produk sehinggalah pelanggan minta PM baru mereka jelaskan. Kalau setiap seorang nak minta PM boleh botak kepala kami.

Lagi satu perlu tahu tentang setting Facebook sekarang yang tak benarkan PM dari bukan kenalan terus masuk ke Inbox. Message akan ke Inbox other dan majoriti pelanggan terutamanya yang online dari phone tak tahu pun kewujudan inbox other ni.

Kesannya pada Peniaga Online?
1) Dah PM pelanggan masih mengadu tak dapat. Kesudannya transaksi jadi semakin sukar, berbalas2 komen dan memakan masa untuk terangkan
2) Boleh sebabkan message kami di block oleh Facebook. Apabila sesuatu akaun terlalu kerap menghantar message pada bukan kenalan Facebook, boleh menyebabkan message keluar kami di sekat sementara (kononnya sebarkan spam)
3) Perlu reply soalan sama berulang kali dan menjadikan kerja tidak efisen.

Ada produk pula memang dah STRAIGHT TO THE POINT. Harga dah bagi dalam iklan, cara bayaran pun dah bagi jadi apa lagi yang kami nak PM? Kalau perlu maklumat tambahan boleh bertanya atau rujuk pada link page/blog.. Itukan lebih baik.

Ada orang kata "customer are always right".. ye betul "always right when they are right, but when they're wrong, WE need to educate them"

Diharap jangan ada pulak pelanggan yang terasa.. Kami cuma nak beri kesedaran ayat PM tu sebenarnya tak MEMANG TAK COOL. Jadi kalau anda rasa diri anda COOL, berubahlah jadi pembeli yang lebih bijak ye.. 



No comments:

Post a Comment