Monday, 25 March 2013

Bermain Harga Akan Merendahkan Harga Pasaran

Perkongsian Untuk Semua..
 
Jika anda fikirkan dengan meletakkan harga yang jauh lebih rendah dari pesaing boleh menjadikan produk anda laris, mungkin kini anda perlu berfikir 2 kali tentang implikasi terhadap nilai pasaran sesuatu produk dalam jangka masa panjang.

Lainlah jika anda yakin mampu memonopoli bidang perniagaan yang anda jalankan atau benar-benar adalah pembekal utama/pemborong yang mengeluarkan modal beratus ribu, berjuta ringgit itu mungkin berbeza halnya

Tetapi jika anda masih lagi menjalankan perniagaan runcit atau borong secara kecil-kecilan, anda bukan sahaja menutup periuk nasi peniaga lain tetapi dalam jangka masa panjang seperti sedang memasang bom jangkamasa untuk meruntuhkan nilai pasaran sesuatu produk.

MENGAPA?? Jika hari ini anda meletakkan harga yang rendah. Lama kelamaan 'trend' itu akan diikuti juga oleh peniaga lain untuk berdaya saing. Sehingga sampai satu tahap harga yang dahulunya dianggap rendah juga adalah harga yang sama turut dipasarkan oleh peniaga lain. kesudahannya peniaga tidak bertanggungjawab akan terus menurunkan lagi harga jualan sehingga akhirnya margin keuntungan bagi produk turut akan susut semakin rendah.

Itulah hakikat yang kebanyakannya terjadi pada produk-produk yang suatu masa begitu hangat di pasaran tetapi akhirnya terus tenggelam. Siapa nak berniaga kalau keuntungan sudah terlalu rendah? Bila terjadi begitu, pelanggan pula akan mula membanding2kan harga sehingga harga pasaran sebenar tidak lagi dianggap kompetitif. Sudah menjadi lumrah di pihak pelanggan mereka tidak salah, siapapun ingin mendapatkan produk dengan harga paling rendah..

Jadi salah siapa? Kerana tamak inginkan pelanggan dengan cepat akhirnya merugikan diri sendiri. Walaupun tiada undang-undang secara rasmi tetapi berniaga haruslah mempunyai etika. Amalkan budaya persaingan sihat bukan budaya 'pancung memancung' peniaga lain.

Harus yakin pada produk yang ingin dipasarkan. Kadang-kadang peniaga sendiri yang berasa kurang yakin dan merasakan seolah-olah harga pasaran terlalu tinggi. Ubah sikap dan pemikiran itu, tidak perlu membuat andaian. Barang/produk yang berkualiti tetap akan ada pembeli. Insyaallah jika kita jujur, rezeki ada di mana-mana. Janganlah hanya memikirkan jalan pintas untuk berjaya.

No comments:

Post a Comment