Wednesday, 27 March 2013

Apa itu Ezy Cheese Powder?

Ada pelanggan yang bertanya "apa itu Ezy Cheese Powder?"

Ya! soalan yang nampak begitu ringkas dan mudah, tetapi tidak mengapa biar kami bantu untuk perjelaskan.

Ezy Cheese Powder adalah produk 'cheese' Jalapeno di dalam bentuk serbuk kekuningan yang mempunyai rasa manis, masam dan pedas. Produk ini hanya perlu dibancuh bersama air panas sebelum sedia untuk dihidangkan.

Manakala 'Jalapeno' pula adalah label asal dari pengeluar yang juga merujuk kepada sejenis 'cili' atau sesuatu yang berunsur pedas. Kami jamin produk yang kami bekalkan, adalah sama sepertimana juga yang digunakan oleh sebuah rangkaian restoran segera ternama dalam negara.

Samada cair atau pekat adalah sepenuhnya bergantung pada kuantiti air yang dibancuh di dalam proses penyediaan. Kelebihan utama Ezy Cheese Powder adalah penggunaan yang boleh di pelbagaikan untuk bermacam jenis menu hidangan berbeza.

Sebelum anda fikirkan bahawa produk ini mahal, anda fikirkan dahulu purata harga bagi produk cheese di pasaran. Kebanyakan juga disediakan dalam bentuk yang telah siap dibancuh. Namun bagi produk ini, selepas bancuhan saiz sebenar akan menjadi 2 kali ganda dari saiz asal produk.

Rasanya yang sedap dan harga yang murah menjadi tarikan utama untuk pengusaha perniagaan berkonsepkan ala barat untuk beralih menggunakan Ezy Cheese Powder. Selain untuk memberi kelainan pada rasa ia juga dapat menjimatkan kos operasi secara keseluruhan.

Anda Cuba Dahulu Baru Anda Tahu! Mudah, Murah & Lazat!

No comments:

Post a Comment