Sedia maklum bahawa bekalan Jalapeno Cheese Powder di pasaran sememangnya adalah amat terhad, selain kenaikan harga yang kerapkali berlaku oleh kerana ketiadaan stok di pasaran
Tambahan pula sikap segelintir peniaga yang sesuka hati merendahkan nilai harga pasaran (market value) bagi jualan runcit, menyebabkan nilai pasaran semasa bagi produk ini turut terjejas.
Diatas alasan kononnya ingin memberi peluang kepada semua untuk membeli produk ini, secara tidak langsung telah memberi implikasi besar kepada kebanyakan pembekal.
"Great product are selling at great price!", adalah tidak munasabah untuk merendahkan harga jualan sewenang-wenangnya kerana ia seolah-olah meletakkan bom jangka bagi mematikan nilai pasaran sesuatu produk
Ironinya kebanyakan peniaga 'mee segera' ini hanya bersemangat seketika, kononnya menganggap apabila harga mereka turunkan serendah-serendahnya maka ramai pembeli akan berpusu-pusu pada mereka, walhal hakikatnya mereka ini sebenarnya telah gagal dalam proses pemasaran apatah lagi langsung tidak mampu untuk bersaing secara sihat
Jika mereka ini dari kalangan pemborong besar-besaran masih masuk akal, namun ada yang baru ingin mula secara kecil-kecilan terus meletakkan harga tidak munasabah (harga borong) untuk pembelian secara runcit.
Justeru yang menerima implikasi jangka masa panjang adalah mereka-mereka yang masih meneruskan perniagaan kerana akan kerapkali dipersoalkan dari segi harga 'mengapa mahal', 'pernah beli lagi murah', 'ingin diskaun lagi' dan pelbagai lagi komen yang agak kurang menyenangkan
Hakikatnya peniaga-peniaga yang mereka 'claim' sangat bagus/murah tadi boleh dikatakan masing-masing dah bungkus kerana tidak mampu bersaing dan tiada keuntungan. Kalau tidak mengapa tak cari sahaja mereka?
Nilai eksklusif sesuatu produk adalah amat penting untuk dijaga. Banyak produk yang satu ketika hangat dipasaran namun terus menyepi kerana masalah yang sama iaitu 'bermain harga'
Dari sudut pembeli mereka tidak salah, normal memang masing-masing inginkan harga termurah. Namun bagi seorang penjual adalah sangat tidak beretika kerana anda secara tidak langsung telah menutup periuk nasi peniaga lain, maklumlah ada yang berniaga kecil-kecilan (dropship) ingin cari pendapatan sampingan
Seeloknya ikutlah harga semasa, buat 'research/survey' sebelum letakkan harga. Bagi sesuatu produk yang berkualiti harga bukanlah satu isu kerana pembeli bijak untuk menentukan
Ok lah kami sebenanrya bukan nak bercerita panjang lebar tentang Jalapeno Cheese kerana anda semua telah sedia maklum bekalan sememangnya terhad di seluruh Malaysia. Dalam erti kata lain produk ini memang tidak sesuai untuk mereka yang nak 'target' jual pada harga murah dan makan keuntungan pada kuantiti jualan yang besar.
Anda bermimpi disiang hari kalau masih memasang strategi begitu! Kerana itu juga saya kerap tekankan stok bagi 'Jalapeno' adalah sangat terhad, dalam bahasa ekonominya 'permintaan sentiasa melebihi penawaran'
"kalau ada memang ada, tapi kalau tiada usah ditanya kenapa dan mengapa" hehe..
Dari segi kualiti pula, kami tidak nafikan ada ramai pembeli sanggup menunggu tempoh yang lama semata-mata untuk mendapatkan bekalan stok kerana ia sememangnya berada di kelasnya tersendiri berbanding label 'cheese powder' lain yang ada dipasaran.
Syarikat pengeluar masih juga sama dengan pengeluar bagi Nacho & Jalapeno, namun produk ini dijamin eksklusif kerana hanya kami sahaja yang pasarkan buat masa ini di seluruh Malaysia. Sekali lagi kami JAMIN bukan Jalapeno atau Nacho!
Dari segi rasa pula setakat ni ada yang beri maklum balas/feedback 'Ezy Cheese' lebih sedap dari 'Jalapeno Cheese' - lebih rasa lemak. Namun terus terang tidak kami nafikan masih ada juga yang memberikan respon 'Jalapeno Cheese lebih mengancam. Maklumlah tekak dan selera manusia berbeza-beza.
Cuma kalau sekiranya anda mencari 'replacement cheese powder' terbaik maka cubalah produk ini. Andaikata tidak sesedap Jalapeno sekalipun, kami berani jamin ia masih jauh lebih sedap dari kebanyakan 'cheese powder' lain yang ada dipasaran. Tidak rugi untuk anda mencuba!
Kalau anda masih sanggup menunggu dan terus menunggu semata-mata untuk mendapatkan stok 'Jalapeno Cheese' itu terpulang kepada anda, cuma masalahnya kalau sekiranya stok tiada bagaimana anda ingin terus meniaga?
Pelbagai masalah akan timbul dan itulah yang pernah kami alami. Stok bekalan kami terima bukanlah terlalu sedikit. Kalau boleh dapatkan 500kg sebulan 'Jalapeno Cheese Powder' pun dah boleh dikira agak banyak! Anda boleh tanya mana-mana pembekal, punyalah susah untuk dapatkan stok sebanyak itu
Memang betul kadang-kadang pelanggan hanya ingin beli borong sekitarnkuantiti 3kg-5kg sahaja untuk mula meniaga secara kecil-kecilan. Tiada masalah cuma kemudian akan adalah yang mula bertanya "sedikit pun tiada stok ke, kata pembekal?". Dengar sahaja ayat macam tu, tak ke rasa macam nak beli je terus kilang sebijik buat terus 'cheese powder banyak-banyak'
Ye abang, adik, kakak, atuk, nenek.. Memang kalau ikutkan stok kami terima agak banyak, tapi yang 'order' pun sentiasa banyak.. Jika seorang pelanggan 'order' 5kg, kalau 100 orang dah berapa? Tak campur lagi ada beberapa pelanggan yang beli pukal/bulk 25kg-100kg
Betul anda mungkin hanya berniaga secara kecil-kecilan, tapi orang berniaga ni kena la sentiasa melihat jauh kehadapan. Sampai satu masa sekiranya permintaan anda meningkat, secara automatik anda perlu ada kuantiti stok lebih banyak, jadi takkanlah masa itu baru nak beralih produk atau cari alternatif produk
Sekiranya anda ingin berniaga untuk jangka masa panjang semestinya anda perlukan bekalan yang konsisten bukan? Justeru "Ezy Cheese Powder" adalah penyelesaian untuk semua..
Ok tadi kami dah panjang meleweh cerita benda lain.. Sekarang 'back to the point' dalam versi bahasa lebih santai bombastic. Point kami simple je sebenarnya cuma mukhadimah je tadi semua tu gatal tangan nak menulis bak karangan sekolah
Untuk makluman semua, sekarang kami mula supply "EZY CHEESE POWDER" secara runcit/borong bagi pasaran Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Ezy Cheese Powder ni bukan nama superhero atau nama awek cun. Harus diingatkan bahawa kami adalah lelaki kacak, macho dan semestinya hensem.
Sebab nama label 'Ezy Cheese' ramai jugak yang tiba-tiba panggil kakak, kakak, kakak.. adoyai terjejas kemaskulinan kami. hehe.. Cuma kebetulan dah lama guna nama ini untuk tujuan komersial perniagaan jadi kami akan terus juga kekalkan nama label sedia ada bagi produk yang eksklusif ini..
Apa kalau "Ezy" je mesti nama perempuan ke? 'Ezy' ni kira macam simple/senang ala-ala macam 'easy' cuma ejaan je ditukar supaya lebih lembut di lidah menyebutkan.
Ok sekarang cerita pasal harga pulak. Harga masih lagi sama dengan Jalapeno Cheese kerana produk ini bukan sekadar replacement powder yang sekadar lepas batuk ditangga, dia jauh lagi hebat memang tahap melepas batuk di Paris, Hawai dan yang seangkatan
Kami juga dah pastikan gaya, mutu & keunggulan bagi produk ini tak kurang lazatnya seperti Jalapeno, jadi secara tak langsung ia berada di kelas elit yang sama dan bukan sahaja sekelas malah mungkin berjiran juga dengan Jalapeno Cheese Powder. Hehe..
Harga pasaran semasa adalah seperti berikut:
BORONG CHEESE POWDER
Repack 100g/200g
3kg: RM130
5kg: RM200
Caj pos parcel RM10
Caj pos laju RM20
* Repack 100g/200g maksimum 5kg dalam 1 pesanan (pembelian melebihi 5kg akan dijual secara karton)
Harga Borong Karton
5kg - 10kg RM180/karton
15kg - 20kg RM175/karton
25kg - 30kg RM170/karton
35kg - 45kg RM165/karton
50kg keatas RM160/karton
* Harga adalah muktamad
* Setiap karton mengandungi 10 pek 500gram
* Caj pos dikira berasingan
* Untuk pembelian karton, pos hanya menggunakan pos malaysia parcel (2-4hari semenanjung, 7 hari bekerja sabah/sarawak)
* COD hanya di AU1, Serendah, Sg Choh, Rawang & Prima Damansara
Produk baru mestilah ada tawaran betul tak? Ok simple offer.. bagi yang beli borong bermula dari 25/2/15 setiap 5kg pembelian kami akan berikan rebate RM10 atau percuma 500g Ezy Cheese Powder (COD) - max free pack 1kg
Tawaran free pack HANYA akan diberikan sekiranya pelanggan beri kata laluan "Ezy Cheese Percuma" semasa membuat pesanan (whatsapp/sms). Janganlah cakap kata laluan sekiranya ada call nanti saya tergelak punya confirm!
Kami juga ada nak buka pakej pemborong dalam masa terdekat. Bagi yang benar-benar serius sahaja ok, kami prefer dari kalangan mereka yang memang dah start business cheese powder. Kalau berminat anda boleh tinggalkan alamat email kepada saya (Zam - 0122000247) samada melalui sms/whatsapp
Kalau ada yang meniaga western/burger bakar atau apa-apa sahaja makanan yang perlukan bekalan cheese powder/cheese sauce secara konsisten (unlimited stock)!boleh juga email kami dinezycheesepowder@yahoo.com atau whatsapp sy secara peribadi, Inshallah harga boleh kowtim. Tapi tengok juga jarak munasabah, kos pos dan kuantiti order. Kami berniaga jangan request yang tak logik sangat dah la ye.. Apapun ada soalan tanya je dulu, malu bertanya sesat jalan..
Ok lah itu sahaja dari saya. Rumusannya.. moh la semua pakat tukar gunakan Ezy Cheese Powder.. Sekian sahaja dan terima kasih pada anda semua yang sudi membaca dari awal sehingga habis tanpa was-was.
No comments:
Post a Comment