Thursday, 27 August 2015

Makanan Western & Chicken Chop Murah & Sedap

DENZ@Medan Selera D'Tasik Sri Rampai Wangsa Maju/Setapak Kuala Lumpur

Pelbagai menu hidangan ala barat/'western food' untuk dinikmati di gerai western kecil kami

Apapun bak kata salah seorang pelanggan kami, "harga tepi jalan, rasa hotel 5 bintang" hehe.. 

Jaminan kualiti hidangan yang pastinya memuaskan pada harga cukup berpatutan, sedap (inshallah) dan semestinya berbaloi!

"Hot Selling Item" kami 'breaded Chicken Chop' adalah sepenuhnnya menggunakan resepi tepung & rempah campuran sendiri.

Hanya RM6.50 sahaja dihidang bersama kentang goreng dan 'coleslaw', serta tambahan 'mashed/whip potato' hanya RM1.00

Pelbagai lagi menu hidangan murah-murah dan sedap menanti anda. Cuba skodeng menu dibawah ye. Hehe

Bagi mereka yang berada di sekitar kawasan Wangsa Maju, Setapak, Setiawangsa, Keramat jemputlah datang mencuba. Buka setiap hari dari pukul 6pm-2am. Inshaallah di dalam masa terdekat, kedai akan dibuka dari jam 11.30pagi. Terima kasih

Kalau dah tersinggah ke blog ni minta sokongan luangkan masa seminit untuk SHARE & LIKE page kami ye..
www.facebook.com/DENZkitchen

Kalaupun bukan anda, mana tahu mungkin friendlist FB anda bakal pelanggan kami. Hehe..Rezeki seluas lautan kita permudahkan untuk insan lain, Inshallah ALLAH permudahkan juga untuk kita. Amin.. :)






Tuesday, 25 August 2015

Western Mini Catering


Pelbagai menu WESTERN murah dan sedap di Wangsa Maju

DENZ@Medan Selera D'Tasik Sri Rampai, Setapak KL
* Sri Rampai area Wangsa Maju lokasi kedai di belakang tasik
* Gerai No 27

Kami menyediakan tempahan makanan untuk majlis mini seperti jamuan keluarga/sambutan harijadi, function pejabat etc.

Harga boleh dibincangkan mengikut pada kuantiti pesanan keseluruhan yang diminta. Harap maklum kami tak ambil pesanan 'last minute'. Pesanan confirm sekurangnya 3 hari sebelum majlis/jamuan. Deposit RM60-RM200 (bergantung pada kuantiti pesanan). 

Kalau pesanan tak dituntut deposit 'burn' kerana melibatkan kos penyediaan dan bahan mentah di pihak kami. Harap maklum.

Kuantiti Pesanan untuk mini catering: min 20 pesanan, max 60 pesanan (kalau lebih sedikit mungkin boleh dipertimbangkan)

Penghantaran diaturkan hanya sekitar Wangsa Maju sahaja (jarak 5km). Lain-lain lokasi pesanan boleh 'self pickup' di gerai kami atau bergantung atas pertimbangan pihak kami.

Kami juga mengambil pesanan harian untuk self pickup di kedai (kalau order agak banyak tunggu kami confirm dahulu sebab ada pelanggan datang makan juga, takut ambil masa agak lama untuk setel order)

Waktu Operasi: 11.30pm-1.30am setiap hari

1) Chicken Chop RM6.50
- chic chop (blackpepper sauce), coleslaw & fries
- add on mashed potato @RM1.00
* Chicken Chop terbaik! Top Selling!! Salutan tepung goreng dan marinade 100% resepi sendiri

2) Lamb Chop RM12.00
- lamb (blackpepper sauce), vege, mashed potato, fries
* Lamb Chop Best! Hot Selling!!
Resepi perapan 'dry rub' gunakan campuran rempah dan herba terpilih yang juga sepenuhnya resepi kami sendiri

3) Western Herb Rice
Chicken Grilled RM7.00
Baked Fish RM7.00
Lamb Grilled RM8.00
* herb rice, chicken/fish/lamb, salad, vege, special herb sauce, blackpepper sauce
* Signature Item hanya di DENZ!! 'Herb Rice' bukan 'Butter Rice' harap maklum. Western Herb Rice kami bukan sekadar nasi. Kelainan rasa yang cukup berbeza pastinya bakal menjadi 'kegilaan' anda

Harga diatas adalah untuk pesanan harian, mini catering boleh runding harga lain.

Pelbagai lagi menu menarik & hidangan air istimewa kami sediakan segalanya pada harga yang cukup berpatutan. Boleh ke kedai kami/whatsapp untuk melihat senarai menu penuh - 0122000247 (Zam)

Like & Share Facebook kami
www.facebook.com/DENZkitchen

Terima Kasih

#delivery #milk shake #chickengrilled #cordonbleu #spaghetti #western #westernfood #wangsamaju #srirampai #orangwangsamaju #sedap #murah #chickenchop5ringgit #fastfood #friedchicken #ayamgoreng #ayamgorengsedap #ayamgorengmacamkfc #chickenchop #fishnchip #fish&chip #dory #meatballikea #meatball #meatballmacamikea #fish #pasta #salmon #salmonsteak #sirloinsteak #sirloin #striploinsteak #striploin #lambshouldersteak #lambshoulder #lamb #hotdog #nasisedap #herbrice #westernherbrice #butterrice #friedchickenrice #lambchop #beefsteak #burger #tortilla #tortillas #grilled #grill #setiawangsa #kedaimakansedap #kedaiwesternsedapareawangsamaju #kedaiwesternbest #kedaiwesternsedapareakl #kedaiwesternmurahdansedap #westernmurah #chickenchopsedap #chickenchopbest #sosblackpeppersedap #mashedpotato #cheezywedges #cheesywedges #hashbrown #curlyfries #onionring #fruityblended #icecrusher #fancydrinks #fancydrink #iceblended #denz #denzkitchen #denzwangsamaju #denzklang #denzwestern #dapurencikzam #denzsetiawangsa #denzsrirampai #denzsetapak #denzfriedchicken




Monday, 6 July 2015

Cheedar Block Termurah Stock Clearance 2015

'Stock Clearance' Aidilfitri 2015! Promosi harga terendah dipasaran!!
Produk berkualiti, harga borong terus dari kilang pembekal! Cheddar Cheese Block, dijamin harga borong terendah/termurah di pasaran. 

Keterangan Produk,
Produk: Cheddar Block
* sesuai untuk pisang goreng cheese, donut cheese etc
Brand: Bega Original Label (Halal)
Pek: 2kg atau 5kg
Tarikh Tamat Tempoh:
Disember 2015
Kuantiti Promosi:
1) Pek 2kg x 1 pek
2) Pek 5kg x 6 pek (30kg)
* kuantiti adalah terhad sepertimana yang  di nyatakan sahaja
Harga Jualan:
1) Pek 2kg RM60
* harga biasa RM70 JIMAT RM10!
2) Pek 5kg RM150
* harga biasa RM170 JIMAT RM20!
* kalau ambil terus 30kg RM870 JIMAT RM150!!

Sekiranya berminat boleh terus whatsapp/sms ke no 0122000247 (Zam) /0108147679 (Isa) - sekiranya perlu pihak kami akan hubungi semula untuk aturan proses COD

Kepada pengusaha perniagaan ala barat, pisang goreng/goreng pisang cheese, sekiranya berminat untuk mendapatkan bekalan berterusan bagi perniagaan, urusniaga hanya akan kembali seperti biasa selepas aidilfitri 2015

Sila baca terma & syarat berikut sebelum berurusniaga:
* Harga adalah muktamad
* Pembeli serius sahaja
* Stok terhad sepertimana dinyatakan
* Promosi berakhir setakat aidilfitri 2015
* '1st come 1st serve basis'
* COD Sri Rampai (Wangsa Maju)/Setiawangsa AU2 atau Prima Damansara sahaja
* Tiada penghantaran melalui pos


Thursday, 30 April 2015

Pembekal Cheese untuk Peniaga Goreng Pisang Cheese


Cheddar block harga murah! 

Bega Cheddar Block 2kg @RM90
* Kalau ambil lebih untuk bekalan berterusan harga boleh nego. Tapi kuantiti tengok juga pada kuantiti munasabah. Nak borong karton pun tiada masalah.

Lokasi COD hanya di Prima Damansara atau Setiawangsa Kuala Lumpur sahaja. Lain2 lokasi sekitar Kuala Lumpur/Selangor (Lembah Klang) penghantaran boleh dipertimbangkan bergantung pada kuaniti pesanan dan jarak munasabah. Sedikit caj mungkin dikenakan bagi penghantaran.

Berminat/pertanyaan sila hubungi:
* prefer whatsapp

Monday, 27 April 2015

Harga Semasa CHEESE Cheddar, Mozarella, Cream & Parmesan

Borong MURAH dari harga pasaran!! Rujuk senarai untuk info

Cheddar, Mozarella, Cream @ Parmesan semua ada MURAH MURAH!!

Kami membekal terus kepada peniaga yang mengusahakan perniagaan ala barat, goreng pisang cheese, burger etc di sekitar Kuala Lumpur & Selangor.

Tiada penghantaran secara pos. COD hanya di AU1 Setiawangsa, Rawang Selangor atau Prima Damansara Selangor (lokasi kami tentukan) - luar dari lokasi tersebut tiada penghantaran terus. Harap maklum

Untuk bekalan perniagaan secara berterusan harga boleh dipertimbangkan. Namun berdasarkan kuantiti pembelian munasabah. Kami supply borong, jadi kalau untuk minta consider harga pun bergantung juga pada kuantiti keseluruhan mingguan/bulanan etc

Whatsapp/sms 0122000247 (Zam) untuk pertanyaan lanjut. Terima Kasih

Saturday, 25 April 2015

Bekalan Cheddar & Mozarella Dihentikan Sementara

Bekalan bagi Bega Cheddar Slice & Mozarella Shredded Cheese kami hentikan sementara waktu diatas sebab2 yang tidal dapat dielakkan

Akan kemaskini semula sebaik sahaja bekalan kembali seperti biasa.

Maaf diatas segala kesulitan


Thursday, 2 April 2015

Keju Mozarella Paling Murah!!

Mozarella Cheese paling murah!! Runcit & Borong tiada masalah

Mozarella Shraded Cheese.. jenama Fonterra (New Zealand). Halal dan berkualiti tinggi! (Brand sama digunakan oleh Pizza Hut Malaysia)

HANYA RM25 setiap 500gram. Pembelian 3kg dan keatas HANYA RM40 setiap kg. Kami jamin jauh lebih murah dari harga pasaran biasa! 

Bagi mereka di sekitar KL/Selangor sahaja - COD di Prima Damansara atau Setiawangsa. Kami tak buat penghantaran melalui 
pos. Harap maklum. Terima Kasih


td


Monday, 30 March 2015

Harga Baru Cheese Powder Bermula 1 April 2015

Harga borong semasa bermula dari 1 April 2015

1) 'Repack' 100gram
3kg: RM130 (30 pek)
5kg: RM200 (50 pek)

2) 'Repack' 200gram
3kg: RM130 (15 pek)
5kg: RM200 (25 pek)

Caj Pos Parcel (Semenanjung),
3kg-5kg: RM10
* 2-4 hari bekerja
* Sabah/Sarawak sila maklumkan

Caj Pos Laju (Semenanjung)
3kg-5kg: RM20
* 1 hari bekerja
* Sabah/Sarawak sila maklumkan

* Repack 100g/200g, maksimum 5kg dalam 1 pesanan (pembelian melebihi 5kg akan dijual secara karton)
* Kalau ingin kuantiti lebih mungkin boleh pertimbangkan, bergantung atas budi bicara dan kuantiti pesanan semasa

3) Harga Borong Karton
Harga semasa adalah seperti berikut:

5kg: RM180/karton
10-15kg: RM175/karton
20-45kg: RM170/karton
50kg keatas: RM165/karton

* Harga adalah muktamad
* 5kg setiap karton, mengandungi 10 pek 500gram
* Caj pos akan dikira berasingan
* COD hanya di AU1, Serendah, Sg Choh, Rawang & Prima Damansara
* Untuk pembelian borong melebihi 50kg sila maklumkan, bekalan berterusan disediakan sehingga lebih dari 1 tan

Mozarella Shraded Cheese Murah

Mozarella Cheese murah!! Runcit & Borong tiada masalah

Mozarella Shraded Cheese.. jenama Fonterra (New Zealand). Halal dan berkualiti tinggi! (Brand sama digunakan oleh Pizza Hut Malaysia)

HANYA RM25 setiap 500gram. Pembelian 3kg dan keatas HANYA RM40 setiap kg. Kami jamin jauh lebih murah dari harga pasaran biasa! 

Bagi mereka di sekitar KL/Selangor sahaja - COD di Prima Damansara atau Setiawangsa. Kami tak buat penghantaran melalui 
pos. Harap maklum. Terima Kasih


td



Tuesday, 10 March 2015

Cheddar Slice Murah Runcit & Borong

Bega unwrap pack 1kg (84 slice) HANYA RM35

Beli 3 pek keatas (3kg) HANYA RM30 setiap pek

COD di Prima Damansara

Berminat sila hubungi,

0122000247 (Zam) - sms/whatsapp



Tuesday, 3 March 2015

Borong Cheese Powder Murah Kuantiti Tidak Terhad

Bagi sesiapa sahaja yang sedang menjalankan apa-apa sahaja bentuk perniagaan/perusahaan yang menggunakan serbuk cheese dan ingin mendapatkan bekalan stok dalam skala kuantiti yang besar secara konsisten juga dengan harga yang lebih kompetitif, sila hubungi kami

anda boleh berikan alamat email  (sms/whatsapp terus ke 0122000247) untuk kami berikan maklumat lanjut dan senarai sebut harga lengkap

Sila sertakan maklumat berikut didalam format sms/whatsapp. Hanya permintaan dengan maklumat lengkap sahaja akan dihubungi kembali

Nama: 
Nama Perniagaan: 
Laman web/blog/fb: 
No Telefon:
Anggaran Stok (sebulan): 
Alamat Email: 

Terima Kasih


Monday, 2 March 2015

Cheese Powder Borong Murah

Kami kini mula membekal produk cheese powder kami sendiri dibawah label "Ezy Cheese Powder"

Bukan Jalapeno atau Nacho Cheese Powder. Masih didalam kualiti sama dan kami pasarkan secara runcit/borong ke seluruh Malaysia

Tiada limit stok dan kami terima sebarang kuantiti pesanan

Harga borong semasa adalah seperti berikut

Borong Karton
5kg - 10kg RM180/karton
15kg - 20kg RM175/karton
25kg - 30kg RM170/karton
35kg - 45kg RM165/karton
50kg keatas RM160/karton

* Harga adalah muktamad
* Setiap karton mengandungi 10 pek 500gram
* Caj pos dikira berasingan
* Untuk pembelian karton, pos hanya menggunakan pos malaysia parcel (2-4hari  semenanjung, 7 hari bekerja sabah/sarawak)
* COD hanya di AU1, Serendah, Sg Choh, Rawang & Prima Damansara

Sekiranya anda menjalankan perniagaan berkonsepkan ala barat, kiosk, bekalan (frozen/dealer), anda boleh email ezycheese@yahoo.com atau whatsapp 012000247 kami untuk mendapatkan sebut harga atau terma berbeza

Terima Kasih

Tuesday, 24 February 2015

Cheese Powder Borong Murah

Murah! Murah!! Murah!!!

Ezy Cheese Powder yang sememangnya terhangat di pasaran

Harga pasaran semasa 

Repack 100g/200g
3kg: RM130
5kg: RM200
Caj pos parcel RM10
Caj pos laju RM20
* Repack 100g/200g maksimum 5kg dalam 1 pesanan (pembelian melebihi 5kg akan dijual secara karton)

Harga Borong Karton
5kg - 10kg RM180/karton
15kg - 20kg RM175/karton
25kg - 30kg RM170/karton
35kg - 45kg RM165/karton
50kg keatas RM160/karton

* Harga adalah muktamad
* Setiap karton mengandungi 10 pek 500gram
* Caj pos dikira berasingan
* Untuk pembelian karton, pos hanya menggunakan pos malaysia parcel (2-4hari  semenanjung, 7 hari bekerja sabah/sarawak)
* COD hanya di AU1, Serendah, Sg Choh, Rawang & Prima Damansara

Sukar Ingin Dapatkan Bekalan Jalapeno Cheese Powder?

Sedia maklum bahawa bekalan Jalapeno Cheese Powder di pasaran sememangnya adalah amat terhad, selain kenaikan harga yang kerapkali berlaku oleh kerana ketiadaan stok di pasaran

Tambahan pula sikap segelintir peniaga yang sesuka hati merendahkan nilai harga pasaran (market value) bagi jualan runcit, menyebabkan nilai pasaran semasa bagi produk ini turut terjejas.

Diatas alasan kononnya ingin memberi peluang kepada semua untuk membeli produk ini, secara tidak langsung telah memberi implikasi besar kepada kebanyakan pembekal.

"Great product are selling at great price!",  adalah tidak munasabah untuk merendahkan harga jualan sewenang-wenangnya kerana ia seolah-olah meletakkan bom jangka bagi mematikan nilai pasaran sesuatu produk

Ironinya kebanyakan peniaga 'mee segera' ini hanya bersemangat seketika,  kononnya menganggap apabila harga mereka turunkan serendah-serendahnya maka ramai pembeli akan berpusu-pusu pada mereka, walhal hakikatnya mereka ini sebenarnya telah gagal dalam proses pemasaran apatah lagi langsung tidak mampu untuk bersaing secara sihat

Jika mereka ini dari kalangan pemborong besar-besaran masih masuk akal, namun ada yang baru ingin mula secara kecil-kecilan terus meletakkan harga tidak munasabah (harga borong) untuk pembelian secara runcit.

Justeru yang menerima implikasi jangka masa panjang adalah mereka-mereka yang masih meneruskan perniagaan kerana akan kerapkali dipersoalkan dari segi harga 'mengapa mahal', 'pernah beli lagi murah', 'ingin diskaun lagi' dan pelbagai lagi komen yang agak kurang menyenangkan

Hakikatnya peniaga-peniaga yang mereka 'claim' sangat bagus/murah tadi boleh dikatakan masing-masing dah bungkus kerana tidak mampu bersaing dan tiada keuntungan. Kalau tidak mengapa tak cari sahaja mereka?

Nilai eksklusif sesuatu produk adalah amat penting untuk dijaga. Banyak produk yang satu ketika hangat dipasaran namun terus menyepi kerana masalah yang sama iaitu 'bermain harga'

Dari sudut pembeli mereka tidak salah, normal memang masing-masing inginkan harga termurah. Namun bagi seorang penjual adalah sangat tidak beretika kerana anda secara tidak langsung telah menutup periuk nasi peniaga lain, maklumlah ada yang berniaga kecil-kecilan (dropship) ingin cari pendapatan sampingan

Seeloknya ikutlah harga semasa, buat 'research/survey' sebelum letakkan harga. Bagi sesuatu produk yang berkualiti harga bukanlah satu isu kerana pembeli bijak untuk menentukan

Ok lah kami sebenanrya bukan nak bercerita panjang lebar tentang Jalapeno Cheese kerana anda semua telah sedia maklum bekalan sememangnya terhad di seluruh Malaysia. Dalam erti kata lain produk ini memang tidak sesuai untuk mereka yang nak 'target' jual pada harga murah dan makan keuntungan pada kuantiti jualan yang besar.

Anda bermimpi disiang hari kalau masih memasang strategi begitu! Kerana itu juga saya kerap tekankan stok bagi 'Jalapeno' adalah sangat terhad, dalam bahasa ekonominya 'permintaan sentiasa melebihi penawaran'

"kalau ada memang ada, tapi kalau tiada usah ditanya kenapa dan mengapa" hehe..

Dari segi kualiti pula, kami tidak nafikan ada ramai pembeli sanggup menunggu tempoh yang lama semata-mata untuk mendapatkan bekalan stok kerana ia sememangnya berada di kelasnya tersendiri berbanding label 'cheese powder' lain yang ada dipasaran. 

Tuntas disini kami ada penyelesaian untuk semua. Jangan tak percaya, oleh kerana kami sendiri memang 'expert' dengan rasa 'Jalapeno' & tahu kebanyakan peniaga/pelanggan kurang gemar dengan rasa 'Nacho Cheese Powder' (tidak katakan semua, hanya berdasarkan maklum balas pelanggan kami), maka kami nak perkenalkan/rekemen pada anda 1 produk cheese powder baru di bawah label 'Ezy Cheese Powder'

Syarikat pengeluar masih juga sama dengan pengeluar bagi Nacho & Jalapeno, namun produk ini dijamin eksklusif kerana hanya kami sahaja yang pasarkan buat masa ini di seluruh Malaysia. Sekali lagi kami JAMIN bukan Jalapeno atau Nacho!

Dari segi rasa pula setakat ni ada yang beri maklum balas/feedback 'Ezy Cheese' lebih sedap dari 'Jalapeno Cheese' - lebih rasa lemak. Namun terus terang tidak kami nafikan masih ada juga yang memberikan respon 'Jalapeno Cheese lebih mengancam. Maklumlah tekak dan selera manusia berbeza-beza.

Cuma kalau sekiranya anda mencari 'replacement cheese powder' terbaik maka cubalah produk ini. Andaikata tidak sesedap Jalapeno sekalipun, kami berani jamin ia masih jauh lebih sedap dari kebanyakan 'cheese powder' lain yang ada dipasaran. Tidak rugi untuk anda mencuba!

Kalau anda masih sanggup menunggu dan terus menunggu semata-mata untuk mendapatkan stok 'Jalapeno Cheese' itu terpulang kepada anda, cuma masalahnya kalau sekiranya stok tiada bagaimana anda ingin terus meniaga?

Pelbagai masalah akan timbul dan itulah yang pernah kami alami. Stok bekalan kami terima bukanlah terlalu sedikit. Kalau boleh dapatkan 500kg sebulan  'Jalapeno Cheese Powder' pun dah boleh dikira agak banyak! Anda boleh tanya mana-mana pembekal, punyalah susah untuk dapatkan stok sebanyak itu

Memang betul kadang-kadang pelanggan hanya ingin beli borong sekitarnkuantiti 3kg-5kg sahaja untuk mula meniaga secara kecil-kecilan. Tiada masalah cuma kemudian akan adalah yang mula bertanya "sedikit pun tiada stok ke, kata pembekal?". Dengar sahaja ayat macam tu, tak ke rasa macam nak beli je terus kilang sebijik buat terus 'cheese powder banyak-banyak'

Ye abang, adik, kakak, atuk, nenek.. Memang kalau ikutkan stok kami terima agak banyak, tapi yang 'order' pun sentiasa banyak.. Jika seorang pelanggan 'order' 5kg, kalau 100 orang dah berapa? Tak campur lagi ada beberapa pelanggan yang beli pukal/bulk 25kg-100kg

Betul anda mungkin hanya berniaga secara kecil-kecilan, tapi orang berniaga ni kena la sentiasa melihat jauh kehadapan. Sampai satu masa sekiranya permintaan anda meningkat, secara automatik anda perlu ada kuantiti stok lebih banyak, jadi takkanlah masa itu baru nak beralih produk atau cari alternatif produk 

Sekiranya anda ingin berniaga untuk jangka masa panjang semestinya anda perlukan bekalan yang konsisten bukan? Justeru "Ezy Cheese Powder" adalah penyelesaian untuk semua..

Ok tadi kami dah panjang meleweh cerita benda lain.. Sekarang 'back to the point' dalam versi bahasa lebih santai bombastic. Point kami simple je sebenarnya cuma mukhadimah je tadi semua tu gatal tangan nak menulis bak karangan sekolah

Untuk makluman semua, sekarang kami mula supply "EZY CHEESE POWDER" secara runcit/borong bagi pasaran Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Ezy Cheese Powder ni bukan nama superhero atau nama awek cun. Harus diingatkan bahawa kami adalah lelaki kacak, macho dan semestinya hensem.  

Sebab nama label 'Ezy Cheese' ramai jugak yang tiba-tiba panggil kakak, kakak, kakak.. adoyai terjejas kemaskulinan kami. hehe.. Cuma kebetulan dah lama guna nama ini untuk tujuan komersial perniagaan jadi kami akan terus juga kekalkan nama label sedia ada bagi produk yang eksklusif ini..

Apa kalau "Ezy" je mesti nama perempuan ke? 'Ezy' ni kira macam simple/senang ala-ala macam 'easy' cuma ejaan je ditukar supaya lebih lembut di lidah menyebutkan. 

Ok sekarang cerita pasal harga pulak. Harga masih lagi sama dengan Jalapeno Cheese kerana produk ini bukan sekadar replacement powder yang sekadar lepas batuk ditangga, dia jauh lagi hebat memang tahap melepas batuk di Paris, Hawai dan yang seangkatan

Kami juga dah pastikan gaya, mutu & keunggulan bagi produk ini tak kurang lazatnya seperti Jalapeno, jadi secara tak langsung ia berada di kelas elit yang sama dan bukan sahaja sekelas malah mungkin berjiran juga dengan Jalapeno Cheese Powder. Hehe..

Harga pasaran semasa adalah seperti berikut: 

BORONG CHEESE POWDER

Repack 100g/200g
3kg: RM130
5kg: RM200
Caj pos parcel RM10
Caj pos laju RM20
* Repack 100g/200g maksimum 5kg dalam 1 pesanan (pembelian melebihi 5kg akan dijual secara karton)

Harga Borong Karton
5kg - 10kg RM180/karton
15kg - 20kg RM175/karton
25kg - 30kg RM170/karton
35kg - 45kg RM165/karton
50kg keatas RM160/karton

* Harga adalah muktamad
* Setiap karton mengandungi 10 pek 500gram
* Caj pos dikira berasingan
* Untuk pembelian karton, pos hanya menggunakan pos malaysia parcel (2-4hari  semenanjung, 7 hari bekerja sabah/sarawak)
* COD hanya di AU1, Serendah, Sg Choh, Rawang & Prima Damansara

Produk baru mestilah ada tawaran betul tak? Ok simple offer.. bagi yang beli borong bermula dari 25/2/15 setiap 5kg pembelian kami akan berikan rebate RM10 atau percuma 500g Ezy Cheese Powder (COD) - max free pack 1kg

Tawaran free pack HANYA akan diberikan sekiranya pelanggan beri kata laluan "Ezy Cheese Percuma" semasa membuat pesanan (whatsapp/sms). Janganlah cakap kata laluan sekiranya ada call nanti saya tergelak punya confirm!

Kami juga ada nak buka pakej pemborong dalam masa terdekat. Bagi yang benar-benar serius sahaja ok, kami prefer dari kalangan mereka yang memang dah start business cheese powder. Kalau berminat anda boleh tinggalkan alamat email kepada saya (Zam - 0122000247) samada melalui sms/whatsapp

Kalau ada yang meniaga western/burger bakar atau apa-apa sahaja makanan yang perlukan bekalan cheese powder/cheese sauce secara konsisten (unlimited stock)!boleh juga email kami dinezycheesepowder@yahoo.com atau whatsapp sy secara peribadi, Inshallah harga boleh kowtim. Tapi tengok juga jarak munasabah, kos pos dan kuantiti order. Kami berniaga jangan request yang tak logik sangat dah la ye.. Apapun ada soalan tanya je dulu, malu bertanya sesat jalan..

Ok lah itu sahaja dari saya. Rumusannya.. moh la semua pakat tukar gunakan Ezy Cheese Powder.. Sekian sahaja dan terima kasih pada anda semua yang sudi membaca dari awal sehingga habis tanpa was-was.